Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. e-mail drkamarudin37@gmail.com, Tel No : 012-6025537

Saturday, November 14, 2009

Menang Emas dan Perak Penyelidikan dan Jurnal Akademik 2009

Bersyukur saya kepada Allah SWT atas kemenangan pembentangan penyelidikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009 pada 10 hingga 12 November 2009 di Hotel Heritage, Ipoh. Pingat Emas yang saya perolehi kerana kejayaan penyelidikan Permasalahan Pencapaian Prestasi Akademik di Sekolah Pedalaman Pulau, SMK Pulau Gaya, Sabah

Emas : Penyelidik Pendidikan Kebangsaan 2009

Perak : Jurnal Akademik 2008.

Terima kasih

Blogger Master

Tuesday, October 6, 2009

Program Motivasi Pelajar STPM, SPM dan PMR Serta Penjumpaan Ibu Bapa dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Tarikh : 3 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat : Surau SMK Ghafar Baba

Tahniah kepada pihak urusetia program ini kerana telah berjaya menganjurkan program yang dapat mengumpulkan pelajar, ibu bapa, guru dan pentadbiran sekolah untuk memberi motivasi kepada semua terlibat.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Ghafar Baba atas jemputan sebagai penceramah. Saya amat berpuas hati tentang input yang saya berikan. Semoga semua pihak dapat manfaatnya.

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum kepada semua yang mengenaliku,

Saya dengan rasa syukur dan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenaliku. Sekiranya ada salah dan silap mohon dimaafi. Saya sentiasa memaafi semua orang. JIka ada kata-kata dan perasaaan yang tersinggung itu adalah kejahilanku sendiri. Dalam menjalani kehidupan rasa berdosa itu sentiasa ada tersemat dalam fikiran.

Kepada anak-anak didikku sekalian, PPISMP PA,BM dan Pra, semoga berada dalam keadaan bahagia dan saya doakan anda akan selamat sampai di kampung. PPISMP Semua PK yang telah menjadi anak didiku ketensionanmu kesukaanku, kerisauanmu kegelihatian ku dan kebingunganmu kegembiraan hatiku..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Tuesday, August 25, 2009

Kursus Motivasi SMK Ghaffar Baba, Melaka

Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan sebagai fasilitator kursus motivasi kepada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 pada 24 Ogos 2009. Saya amat berpuas hati atas sambutan guru dan pelajar terhadap tajuk ceramah iaitu "Mengenal Diri". Bersumberkan bahan dari petikan Al-Quran sedikit sebanyak dapat menyedarkan pelajar untuk mengenal diri sebelum berjaya dalam kehidupan. Tayangan gambar dan video serta muzik yang dimainkan memberi kesan kepada pelajar.

Terima kasih.


Dr Hj Kamarudin Hj Abu Hassan

Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut bulan penuh kerahmatan dan peluang untuk mendapat ganjaran sebanyak-banyaknya. Kepada anak-anak didiku yang sedang bercuti di kampung bersama-sama keluarga, jaga diri baik-baik saya doakan anda semua bahagia menyambut Ramadhan kali ini. Banyak beramal dan membaca Al-Quran semoga hati anda akan sentiasa tenang. Nasihat saya : Petikan hadis

"Kunci syurga adalah solat. Kunci solat itu adalah wuduk" Riwayat Tirmidzi dan Ahmad

Blog Ramadhan

Sunday, July 26, 2009

Kelebihan Bersolat & Keistimewaan Menunaikan Haji/Umrah

Kelebihan bersolat :

1. Segala dosa diampunkan
2. Segala doa dimakbulkan
3. Dimurahkan rezeki oleh Allah SWT
4. Kebahagiaan Hidup
5. Keperibadian mulia

Keistimewaan Menunaikan Haji/Umrah :

1. Bumi para Nabi dan Rasul (Anbia')
2. Bumi perhimpunan Ummah
3. Segala doa dimakbulkan
4. Segala dosa diampunkan
5. Kebahagian hidup

Oleh itu, solat dan menunaikan Haji / Umrah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib/ jika mampu (Haji/UMrah) ditunaikan oleh orang-orang Islam.

Sekadar mengingatkan....

Friday, July 24, 2009

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kepada Warga Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah Melaka atas jemputan memberi sedikit input sempena Hari Profesionalisem Bil 5/2009 Kursus Profesionalisme Keguruan Guru 2009. Tajuk pembentangan "Teknik Pengajaran Berkesan Murid Luar Bandar".

Begitu juga kepada warga SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka atas kesudian menerima saya untuk berkongsi maklumat tentang "Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan" sempena program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).

Sekian terima kasih.