Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. e-mail drkamarudin37@gmail.com, Tel No : 012-6025537

Saturday, November 14, 2009

Menang Emas dan Perak Penyelidikan dan Jurnal Akademik 2009

Bersyukur saya kepada Allah SWT atas kemenangan pembentangan penyelidikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009 pada 10 hingga 12 November 2009 di Hotel Heritage, Ipoh. Pingat Emas yang saya perolehi kerana kejayaan penyelidikan Permasalahan Pencapaian Prestasi Akademik di Sekolah Pedalaman Pulau, SMK Pulau Gaya, Sabah

Emas : Penyelidik Pendidikan Kebangsaan 2009

Perak : Jurnal Akademik 2008.

Terima kasih

Blogger Master

Tuesday, October 6, 2009

Program Motivasi Pelajar STPM, SPM dan PMR Serta Penjumpaan Ibu Bapa dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Tarikh : 3 Oktober 2009 (Jumaat)
Tempat : Surau SMK Ghafar Baba

Tahniah kepada pihak urusetia program ini kerana telah berjaya menganjurkan program yang dapat mengumpulkan pelajar, ibu bapa, guru dan pentadbiran sekolah untuk memberi motivasi kepada semua terlibat.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Ghafar Baba atas jemputan sebagai penceramah. Saya amat berpuas hati tentang input yang saya berikan. Semoga semua pihak dapat manfaatnya.

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum kepada semua yang mengenaliku,

Saya dengan rasa syukur dan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenaliku. Sekiranya ada salah dan silap mohon dimaafi. Saya sentiasa memaafi semua orang. JIka ada kata-kata dan perasaaan yang tersinggung itu adalah kejahilanku sendiri. Dalam menjalani kehidupan rasa berdosa itu sentiasa ada tersemat dalam fikiran.

Kepada anak-anak didikku sekalian, PPISMP PA,BM dan Pra, semoga berada dalam keadaan bahagia dan saya doakan anda akan selamat sampai di kampung. PPISMP Semua PK yang telah menjadi anak didiku ketensionanmu kesukaanku, kerisauanmu kegelihatian ku dan kebingunganmu kegembiraan hatiku..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Tuesday, August 25, 2009

Kursus Motivasi SMK Ghaffar Baba, Melaka

Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan sebagai fasilitator kursus motivasi kepada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 pada 24 Ogos 2009. Saya amat berpuas hati atas sambutan guru dan pelajar terhadap tajuk ceramah iaitu "Mengenal Diri". Bersumberkan bahan dari petikan Al-Quran sedikit sebanyak dapat menyedarkan pelajar untuk mengenal diri sebelum berjaya dalam kehidupan. Tayangan gambar dan video serta muzik yang dimainkan memberi kesan kepada pelajar.

Terima kasih.


Dr Hj Kamarudin Hj Abu Hassan

Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut bulan penuh kerahmatan dan peluang untuk mendapat ganjaran sebanyak-banyaknya. Kepada anak-anak didiku yang sedang bercuti di kampung bersama-sama keluarga, jaga diri baik-baik saya doakan anda semua bahagia menyambut Ramadhan kali ini. Banyak beramal dan membaca Al-Quran semoga hati anda akan sentiasa tenang. Nasihat saya : Petikan hadis

"Kunci syurga adalah solat. Kunci solat itu adalah wuduk" Riwayat Tirmidzi dan Ahmad

Blog Ramadhan

Sunday, July 26, 2009

Kelebihan Bersolat & Keistimewaan Menunaikan Haji/Umrah

Kelebihan bersolat :

1. Segala dosa diampunkan
2. Segala doa dimakbulkan
3. Dimurahkan rezeki oleh Allah SWT
4. Kebahagiaan Hidup
5. Keperibadian mulia

Keistimewaan Menunaikan Haji/Umrah :

1. Bumi para Nabi dan Rasul (Anbia')
2. Bumi perhimpunan Ummah
3. Segala doa dimakbulkan
4. Segala dosa diampunkan
5. Kebahagian hidup

Oleh itu, solat dan menunaikan Haji / Umrah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib/ jika mampu (Haji/UMrah) ditunaikan oleh orang-orang Islam.

Sekadar mengingatkan....

Friday, July 24, 2009

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kepada Warga Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah Melaka atas jemputan memberi sedikit input sempena Hari Profesionalisem Bil 5/2009 Kursus Profesionalisme Keguruan Guru 2009. Tajuk pembentangan "Teknik Pengajaran Berkesan Murid Luar Bandar".

Begitu juga kepada warga SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka atas kesudian menerima saya untuk berkongsi maklumat tentang "Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan" sempena program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).

Sekian terima kasih.

Sunday, July 5, 2009

Penghalang-Penghalang Dalam Menuntut Ilmu

Penghalang seseorang dalam menuntut ilmu adalah seperti butiran berikut:

a. Niat tidak ikhlas
b. Ingin terkenal
c. Lalai menghadiri majlis ilmu
d. Beralasan dengan kesibukan
e. Mensia-siakan kesempatan belajar di waktu kecil
f. Bosan dalam menuntut ilmu
g. Tidak mengamalkan ilmu
h. Putus asa dan rendah diri
i. Menunda-nunda kerja

Salam ingatan

Wednesday, July 1, 2009

Kursus Sabartikal 12 Minggu Penyelidikan 2/2009 IPBA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam perkenalan dan selamat berjumpa dalam kuliah yang akan bermula pada 2 Julai 2009. Bersedia untuk kita bergelumang dengan dunia penyelidikan dan inovasi dalam kursus ini. Semoga kalian berjaya dengan cemerlang dan menghasilkan satu penyelidikan yang berguna kepada dunia pendidikan.

Wasalam

Seminar Wacana Penyelidikan Profesionalisme Keguruan Zon Utara di Hotel Hydro Majestic Pulau Pinang 29 Jun Hingga 1 Julai 2009

Saturday, June 27, 2009

Kursus E-Portfolio, Tropical Inn, Johor Bahru

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Teknologi Pendidikan atas kursus yang diadakan terutama kepada Urusetia Puan Hajah Halimah bte Chek Mat dan Fasilitator Tuan Haji Mustaffar Abd Majid dan Tuan Haji Nor Azman bin Haj Abdul Wahab atas ilmu yang disampaikan.

Salam Penghargaan.

Thursday, June 25, 2009

Kursus E-Portfolio

Kursus yang dapat meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pensyarah IPGM KPM. Terima kasih kepada fasilitator.

Wednesday, June 24, 2009

Zikir Munajjad

Blogged with the Flock Browser

Doa-Doa Di Masjidil Haram Mekah

Blogged with the Flock Browser

Keajaiban Allah

Blogged with the Flock Browser

GURU BIJAKSANA DAN BERFIKIRAN TINGGI

KUALITI PENDIDIK MELALUI PENYELIDIKAN PENDIDIKAN  BAGI MELAHIRKAN GURU BIJAKSANA DAN BERFIKIRAN TINGGI

OLEH

Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan

Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka

kamarudin@ippm.edu.my

 

ABSTRAK

Guru ialah pendidik yang dianggap telah dilatih dengan keilmuan, kebolehan dan kemahiran profesionalisme yang tinggi melalui dasar pendidikan negara.  Mereka terlatih untuk menguasai ilmu pengetahuan, kebolehan dan  kemahiran mengajar serta diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan membentuk sahsiah diri pelajar.  Justeru, penguasaan keilmuan, kebolehan, kemahiran dan kepakaran profesionalisme oleh pendidik memainkan peranan penting dalam melaksanakan proses pengajaran dan pengajaran di bilik darjah.  Bilik darjah merupakan  tempat di mana pertemuan antara perlaksana ilmu dengan penerima ilmu berlaku.  Segala apa terkandung dalam dasar pendidikan, dasar negara dan matlamat pendidikan akan dibawa oleh guru ke dalam bilik darjah.  Bilik darjah yang menjadi gelanggang utama untuk guru berinteraksi dengan murid-muridnya perlulah dikendalikan dengan pemikiran yang bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan.  Dalam penyelesaian masalah di bilik darjah pula guru perlu menanganinya dengan tahap fikiran aras tinggi dan pertimbangan yang adil tanpa dipengaruhi perasaan dan emosi. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran ilmu penyelidikan yang tinggi bagi menyelesaikan pelbagai pernyataan masalah dunia pendidikan masa kini. Dengan kepakaran yang ada, guru harus bijaksana dan berfikiran aras tinggi dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.  Dalam proses yang sama, guru juga perlu bijak mengendalikan kerenah anak-anak muridnya. Seterusnya pula, guru perlu mempunyai kualiti peribadi yang unggul sebagai seorang pendidik.  Untuk meningkatkan kualiti peribadi, guru  perlu menjadi seorang penyelidik yang peka dengan isu-isu semasa dunia pendidikan. Kualiti pendidik yang unggul bermakna guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran, pemikiran aras tinggi, sahsiah diri dan nilai kerohanian diri yang mantap.  

 

Blogged with the Flock Browser

Salam Rasmi Pembukaan

Selamat merasmikan blogger