Saturday, June 27, 2009
Kursus E-Portfolio, Tropical Inn, Johor Bahru
Salam Penghargaan.
Thursday, June 25, 2009
Kursus E-Portfolio
Wednesday, June 24, 2009
GURU BIJAKSANA DAN BERFIKIRAN TINGGI
KUALITI PENDIDIK MELALUI PENYELIDIKAN PENDIDIKAN BAGI MELAHIRKAN GURU BIJAKSANA DAN BERFIKIRAN TINGGI
OLEH
Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan
Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka
kamarudin@ippm.edu.my
ABSTRAK
Guru ialah pendidik yang dianggap telah dilatih dengan keilmuan, kebolehan dan kemahiran profesionalisme yang tinggi melalui dasar pendidikan negara. Mereka terlatih untuk menguasai ilmu pengetahuan, kebolehan dan kemahiran mengajar serta diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan membentuk sahsiah diri pelajar. Justeru, penguasaan keilmuan, kebolehan, kemahiran dan kepakaran profesionalisme oleh pendidik memainkan peranan penting dalam melaksanakan proses pengajaran dan pengajaran di bilik darjah. Bilik darjah merupakan tempat di mana pertemuan antara perlaksana ilmu dengan penerima ilmu berlaku. Segala apa terkandung dalam dasar pendidikan, dasar negara dan matlamat pendidikan akan dibawa oleh guru ke dalam bilik darjah. Bilik darjah yang menjadi gelanggang utama untuk guru berinteraksi dengan murid-muridnya perlulah dikendalikan dengan pemikiran yang bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan. Dalam penyelesaian masalah di bilik darjah pula guru perlu menanganinya dengan tahap fikiran aras tinggi dan pertimbangan yang adil tanpa dipengaruhi perasaan dan emosi. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran ilmu penyelidikan yang tinggi bagi menyelesaikan pelbagai pernyataan masalah dunia pendidikan masa kini. Dengan kepakaran yang ada, guru harus bijaksana dan berfikiran aras tinggi dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam proses yang sama, guru juga perlu bijak mengendalikan kerenah anak-anak muridnya. Seterusnya pula, guru perlu mempunyai kualiti peribadi yang unggul sebagai seorang pendidik. Untuk meningkatkan kualiti peribadi, guru perlu menjadi seorang penyelidik yang peka dengan isu-isu semasa dunia pendidikan. Kualiti pendidik yang unggul bermakna guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran, pemikiran aras tinggi, sahsiah diri dan nilai kerohanian diri yang mantap.